bersempena raya yang nak dekat dah ni (hari ni), di sini ada beberapa tips ringkas untuk menikmati hari raya dengan penuh gelak tawa :)
1.Pada yang pulang ke kampung, menaiki apa saja; berhati-hati di jalan raya. Jalan raya sudah muak bermandikan darah-darah anda.
2.Ketika sampai di kampung, pastikan anda memanggil saudara-mara anda dengan gelaran yang betul. Lama tak jumpa, nama pun dah lupa.
3.Biasanya, bagi orang Malaya, malam raya adalah masa untuk bersuka-sukaan. Selain berteleku di depan tivi, mercun juga adalah satu pilihan. Di tempat saya, polis (jiran)membekalkan mercun.
4.Pagi raya; sembahyang raya masih dua rakaat. Macam tahun lepas. Khutbah raya lepas sembahyang, jangan bangkit lekas.
5.Kepada yang ingin melawat kubur selepas sembahyang, pastikan anda meratap di kubur yang betul. Jangan silap kubur. Al-Maklumlah, raya setahun sekali, melawat kubur pun setahun sekalilah juga.
di atas kesempatan ini, teruja saya untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada keluarga, sahabat, budak MRSM Taiping dan sesiapa yang merasakan dirinya terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan saya.
maaf fizikal dan mental.
p/s: kepada yang beraya di perantauan, lemang dan rendang lebih sedap dimakan di Malaya.
Friday, October 12, 2007
meninggalkan Ramadhan
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
8:44 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment