Thursday, January 17, 2008

entiti 1

ok cerita seram plak. nih berlaku kat aku tadi waktu aku sorang kat rumah. ptg tadi lebih tepat. aku mmg takda kerja sgt lepas asar tadi so aku pun saje jelah baca cerita hantu kat forum saiyaman ngan jiwang. waktu aku tgh syok baca tu, tetibe angin kuat gila. aku igt standard ah petang petang ni angin kuat. sbb selangor kan tgh ada monsun barat daya. aku pun buat dek jer.

tetibe pintu bilik aku (jarak 2m dari komputer) berdentum kuat gila. aku punyala terkejut terus melompat dari kerusi aku haha. pastu aku pegi la tutup pintu tu (jenis pintu yg kena latch dekat dinding). pastu aku sambung baca cerita hantu. waktu tgh syok baca pasal green lady kat mckk, tetiba pintu bilik aku terbukak dengan sendiri! wtf gila time ni aku pikir sbb impossible pintu tu boleh bukak sendiri. angin sekuat hurricane katrina pun aku rasa tak mampu (hiperbola).

aku apa lagi terus lari pegi ruang tamu ah haha. aku bukak tv kuat kuat tgk Australian Open. nasib baik time tu ana ivanovic tgh main. kira otak aku terus lupa psl benda lain ah. last last ana ivanovic menang! yes!

tapi haruslah diingatkan bahawa Allah Maha Berkuasa. makhluk-makhluk ghaib tu yg sebenarnya takut dengan manusia. kita patut bersyukur hijab kita tak dibuka oleh Allah. sbb tu amalan-amalan fardhu penting dilaksanakan :)

No comments: