dah dengar pasal international cat show di midvalley convention centre? kalau belum sudah tentu anda perlu keluar rumah dengan lebih kerap. tadi aku berjaya pegi sana (walaupun niat sebenar bukan) lepas solat jumaat. pandangan pertama?tak nampak batang hidung kucing pun.
korang janganlah terkejut sbb masuk masuk jer terus akan nampak pameran jenama elektronik yang tak terkenal yang membuatkan anda fikir adakah CAT itu sejenis singkatan? mungkin untuk Creative Aspiring Technology? ataupun Cuti-cuti Alat Teknologi? pusing punya pusing, baru sedar yang pameran tu berada di Hall 1 (sebelah booth-booth Cuti-cuti Alat Teknologi).
aku pandang Hall 1 terus rasa kecewa. lokasi tu punyalah mini aku rasa tandas rumah aku lagi besar. international? taik kucing ko. tapi tak dinafikan kucing utk adoption tu sangat la comel haha. terutamanya Cappucino yang gerenti (110%) akan membuatkan anda kata "ahh, comelnya!" ataupun dalam bahasa penjajah, "omg! shes so adorable" ataupun dalam bahasa ibunda masing-masing yang aku memang tak reti. tapi kalau korang nak tau, pegila tengok sendiri.
[...]
hari ni final australian open 2008 utk womens single. ana ivanovic vs maria sharapova. ahh! ya Allah! kenapa letak aku dalam posisi begini? aku tak boleh pilih!
Friday, January 25, 2008
felis silvestris catus
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
8:55 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment