sahabat aku baru dipukul teruk oleh segerombolan orang Rusia yang perangai macam suku sakat babi hutan. kejadian spesifik masih tak diketahui sebab waktu aku turun ke bawah Pushkin (hostel aku), sahabat aku, ok kita namakan dia Asngam, sudah berlumur dengan darah macam lepas lembu kena sembelih.
cerita secara ringkas macam ni. mungkin ada unsur fiksyen sikit.
Jarum jam menunjukkan pukul 5.51 p.m. Keheningan petang di luar hostel Pushkin hanya ditemani oleh salji mikroskopik yang tak berhenti-henti turun semenjak terbitnya fajar. Masuknya waktu Isyak pada pukul 5.01 p.m biasanya menandakan cahaya suria sudah lama ditelan kegelapan malam. Tak ramai yang berani keluar kerana takutkan Sang Drakula akan muncul.
Malam ini akan berlangsungnya parti Krismas di Pushkin. Asngam, lalai sedia ada, terlupa untuk membeli hadiah Krismas bagi pasangannya. Tidak terlintas dalam fikirannya, untuk hanya singgah di Kooperasi tingkat bawah bagi membeli hadiah tersebut. Mungkin, terlalu cikai, fikirnya.
Maka, bergagahkan winter kot Earth Gearnya yang baru dipakai hari ini setelah penat lelah membeli-belah di Gum semalam, beg Swan yang besar, sarung tangan kulit dan snowcap Rinak Tepli Stan, dia pun keluar dari Pushkin untuk ke pusat membeli-belah Kaluzhski walaupun terpaksa mengharungi ribut salji dan suhu takat beku bagi dinitrotoluene.
Asngam merupakan seorang yang berani lagi tabah, maklumlah, produk MRSM Kota Kinabalu. Mitos seperti Sang Drakula tidak langsung menggetarkan tulang sum-sumnya. Lagenda puteri gunung Kinabalu lebih seram bagi dia.
Berbekalkan muzik terkini Jepun yang dipasang melalui telefon bimbit Sony Ericsson W350i, dia dengan selamba badaknya jalan ke stesen bas terdekat. Tidak jauh, lebih kurang 100 meter sahaja.
5 minit. Stesen bas tidak jauh kelihatan dari sudut visual Asngam.
POK! KEPUSH!
Asngam tergelincir. Sambil menyumpah salji, cepat-cepat dia bangun, sepantas Usain Bolt berlari pecut. Nasib baik tiada siapa nampak, cuma beberapa orang Rusia berpakaian serba hitam dari jauh. Malu 7 generasi kalau diketahui insiden ini. "Nasib baik bah, apa cucu-cicit aku akan fikir pasal aku kelak kalau terkantoi ini", Asngam berdengus.
Dipercepatkan langkahnya ke stesen bas untuk mencari perlindungan. Bas 295 ke Kaluzhski memang terkenal dengan sifat lambatnya, sama seperti KTM Malaysia. Asngam kesejukan, tetapi tidak keseorangan.
Tiba-tiba, BUK!
Satu rembatan hinggap dibelakangnya. Sakitnya ibarat dicucuh puntung rokok. "ADUH!", Asngam menjerit.
Terkinja-kinja dia pusing ke belakang untuk melihat jembalang mana yang berani menyentuh badan dia. Terkejut apabila melihat Sang Drakula dan rakan-rakannya yang menjadi dalang kejadian itu. Nasib baik, dia sedang memakai beg Swannya yang besar. Impak pukulan lantas berkurang secara signifikan. Seperti gigitan nyamuk.
Ibarat seorang pesilat negara, Asngam terus memasang kekudanya dan membuat pembukaan bunga. SENI PEPERANGAN SPONTAN! Asngam menyawankan dirinya sendiri!
Gagal, hasilnya. Kawan Sang Drakula telah menarik tangan Asngam dengan ganasnya. Sang Drakula pun seterusnya memukul kepala Asngam dengan sebatang kayu (dalam variasi lain, botol kaca, ikut mana kau rasa lagi brutal).
Asngam tersungkur di atas tanah beku Rusia. Memori zaman pra-remaja terus bermain di fikirannya.
Tiba-tiba, terasa satu bendalir yang panas dan melekit mengalir di muka. Oh, darah.
Bertuah, darah yang kekurangan oksigen itu terus beku dek suhu melampau sejuk di Moscow. Syukur juga, hood kot winter Earthgear serta snowcap Rinak Tepli Stan telah berjaya melindungi otaknya daripada mengalami pendarahan dalaman. Tulang parietal juga layak dipuji.
Asngam bangun dan cuba melarikan diri. 3 kali. Tetap gagal. Setiap kali dia cuba memulakan larian langkah seribunya, mesti salah satu kawan Sang Drakula berjaya menarik begnya. Padah pula, bawak beg besar ini.
Pukulan demi pukulan, sepakan demi sepakan, terjahan demi terjahan. Asngam menahan sakit. Dia hanya mengharapkan satu keajaiban Krismas akan berlaku seperti Santa Klaus akan datang dengan Rudolfnya untuk menyondol Sang Drakula.
Namun, semuanya tak berlaku.
Setelah menghisap darah secukupnya, Sang Drakula melarikan diri. Asngam mula pening. Burung-burung sudah berterbangan sekeliling kepalanya. Dia pitam, di atas tanah beku Rusia, keseorangan.
Beberapa minit kemudian, Mamat Afrika muncul dari entah mana. Soalan pertama ditanya, "Hei, are you ok?!", walaupun sudah jelas, terang dan nyata ibarat izhar halqi bahawa kepala dia berlumuran dengan darah dan hampir menyambut ajal. Asngam tidak mampu untuk menggerakkan otot buccinator, lantas hanya bangun.
Mamat Afrika pun pergi begitu sahaja, ibarat angin. Watak pipih.
Berbekalkan segala kudrat yang masih ada, Asngam berjalan sehingga ke depan Pushkin, mencemarkan kesucian salji dengan darahnya. Merah. Pekat.
[...]
ok penat nak sambung. lepas tu selepas interogasi pihak polis dalam bahasa rusia yang tidak membuahkan hasil sebab takda sapa faham, paramedik hantar dia ke hospital naik ambulans. dalam kecoh-kecoh di bawah Pushkin tu, sebab ramai sangat orang keliling, aku gagal mengambil foto dia.
menyesal tak sudah.
[...]
Asngam dah keluar dari hospital, dan selamat sampai ke hostel pada malam yang sama.
botak, dengan 5 jahitan.
kalau dia pakai jubah warna kuning oren, mesti orang salah sangka sebagai sami Shaolin.
Sang Drakula pun tak berani menyerang.
Sunday, December 28, 2008
serangan mengejut
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
12:51 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
gulp.
aku ada roomate.
kuat main game online.
ada juga beg swan.
tapi, mungkinkah 'moszhna prosta' dia asngam?
aku x tau.
sebab aku takut jatuh.
sperti jatuhnya penjual kisah,
tatkala dia kepingin memetik epal hijau di taman larangan...
mungkin.
tapi kenapa nak takut
jatuh,
bukannya meragut
nyawa.
utuh, bangun-lah
semula!
Macamana aku hendak bgn?
kalu kaki dan tangan aku sudah lumpuh,
Macamana aku hendak membuka mulut?
Andai otot wajahku ini hilang fungsi...
Aku xkesah kalu saket dan berdarah...
Yg penting disini, Asngam masih bernafas dan dia akan dipandang lebih ganas dgn parutnya di kepala...
Pasar Kisah masih berjalan seperti biasa....
omg. ni incdent btul ke? i mean selaen extra effects sume tu. fightin tu btul2 ke?
sadly yes. sang drakula boleh digantikan dgn orang rusia. 10% jer fiksyen tu. bahaya dok rusia neh.
cerita wajar diselit bersama lagu marabahaya.
tiada alasan.
maaf. cadangan picisan.
ape pun, nak ucap selamat berhati-hati kpd nadhir. jauhi dracula dan sekutunya.
jgn bazirkan darah yg x cukup.
hek2..u seriously make stories sound a lot more funnier rather than making it scary.huhu
thanks saiful. memang ada niat untuk menyelitkan lagu-lagu berunsur saspens, tapi takut menghantui pemikiran pembaca sehingga ke bilik tidur.
and nana, dalam laporan ke MARA lagi lah. takut En Ruzlan ngan cik Afizah tak percaya dah haha.
Post a Comment