Friday, February 6, 2009

kontradiksi

wajarkah Encik Erdogan diberi jolokan Al-Fateh? adapun akhiar yang dipamerkan, tapi semuanya berlandaskan sistem sekularisme yang disanjung-sanjungnya sejak dahulukala. takkan kita dah lupa, beliau dengan angkuhnya memisahkan sistem pentadbiran dengan sistem keagamaan di Turki sampaikan masjid dan sekolah (yang dulu menjadi kebanggaan Turki sebagai sistem pendidikan yang ulung) telah ditalakkannya.

tapi itu pasal Turki. jadi kalau umat Islam memilih untuk menutup sebelah mata dan mempercayai khilafah beliau berkaitan isu Palestin, maka sekali lagi janganlah kita lupa, Turki itu sudah berkurun lamanya menjadi hub logistik dan ketenteraan bagi negara Bush itu.

mungkin dialah antara yang paling berani dalam kalangan pemimpin-pemimpin umat Islam yang kecut perut, bukan seperti pemimpin-pemimpin Mesir yang memijak kepala rakyatnya sendiri dalam isu Palestin.

Encik Erdogan, kaulah yang pertama dengan lantangnya menyuarakan nasib umat Islam sekarang sehingga kedengaran dicelah gua kemanusiaan. biarpun perkataan jihad itu masih samar-samar dalam bebelan mulut pemimpin-pemimpin Islam yang masih terdempet pada kokun lembik zionisme, umat Islam mengharapkan kau.

janganlah kau jadi boneka seperti Hosni Mubarak, kerana kau sudah dianggap sebagai Solahudin Al-Ayyubi zamankini. taktik peperangan beliau, misi-misi yang dilancarkan sepatutnya kau jadikan modul asas. janganlah hanya lantang bersuara tetapi tangan masih lembut untuk mengerjakan himpunan jihad umat Islam.

apa yang difikirkan lagi? terus sahajalah kau menghantar tentera Turki itu yang dulu seringkali digerakkan dalam perang sesama umat Islam Kurdish sendiri. tebus maruah mereka kembali dan seru semua pemimpin umat Islam untuk bangun dan betul-betul melaungkan jihad itu yang lahir dari hati.

wahai Erdogan, semoga logamaya syurga menjadi batu api kau untuk menghantar armada ketenteraan berjihad ke bumi Palestin sekaligus menjadi antidot kepada barah kemanusiaan yakni Zionisme.

ya Allah, bebaskanlah Palestin.

No comments: