Sunday, February 22, 2009

untuk adinda

ke hadapan adinda,

apa khabar adinda di Malaysia? sihat walafiat? Alhamdulillah kakanda sihat-sihat saja disini. saja kakanda nak tulis surat balik ke kampung halaman. masa lapang ada, usahlah risau.

nanti bila kakanda dah mula pening kepala dengan peperiksaan silih berganti tiap minggu, jangan harap kakanda nak balas surat-surat cinta adinda.

yang penting sekarang ni, adinda kenal pasti prioriti adinda. yang paling utama, mestilah menolong kakanda dalam apa jua bidang selagi tak melanggar hukum syariah agama.

oleh sebab tu, kakanda ada satu hajat yang sangat besar! bukan nak buang air besar ya hehe. adinda ni fikir bukan-bukan pulak. kakanda nak adinda poskan novel terbaru karya Faisal Tehrani tu. ala yang bertajuk "Saasatul Ibaad". boleh tak? boleh lah pleasee.


nanti balik Malaysia kakanda belanja ais krim, gula-gula getah dan batang lolipop. apa sahajalah yang adinda kehendak. nak suruh kakanda cuci tandas adinda pun boleh. kakanda sanggup!

janji, adinda buat hantaran tu ya. kakanda kempunan sangat ni. lebih kempunan dari durian dan tempoyak mak kakanda.

adinda dinasihatkan memakai pos laju tau, sebab boleh sampai dalam 10 hari. nak selitkan surat-surat cinta atau kata-kata motivasi lain pun takpa. kakanda terima seadanya.

eh! ayam goreng kakanda dah hangus dekat dapur! kena bergegas pergi! sampai sini sahaja lembaran kakanda buat kali ni. jangan nakal-nakal ya.

salam penulisan.

No comments: