Sunday, March 29, 2009

lubang hitam

siapa sangka? Earth Hour telah menjadi sambutan berbilion orang seluruh dunia. yang menakjubkan aku, Moscow, selaku penyumbang terbesar kepada global warming turut menyertai gerak kerja menyelamatkan alam sekitar ini.

bayangkan saja, Moscow State University ditutup lampunya, termasuklah The Seven Sisters-nya. aku cukup bangga. cuma jauh di lubuk hatiku berharap agar Gum dan St. Basil Cathedral juga ditutup lampunya. tahun depan, mungkin.

yang di Malaysia pula, bukan main hebat lagi sambutan dia. walaupun tak setanding Jom Heboh, tapi ini pemangkin yang bagus bagi permulaan yang mantap. buat pertama kalinya, lampu-lampu neon yang gilang-gemilang pancaran dari Petronas Twin Towers yang megah telah berjaya ditundukkan, semuanya demi alam sekitar.

tapi ada juga yang masih bersikap indifferent, apabila konsert AF itu menjadi prioriti utama. patut gelapkan sahaja dewan konsert tu sekali. terus menghapuskan segala perkara lagha yang terwujud daripada konsert itu.

apa-apapun, tahniah kepada yang turut serta tak kira dimana anda berada. aku di Moscow, hanya boleh menutup lampu bilik senior di Kahov selama lebih kurang 20 minit, dan itupun untuk tayangan video ISK. yang penting, kita dah naik atas gerabak Metro itu yang sedang menyelamatkan dunia.

perasaan aku nak balik Malaysia dah membuak-buak sekarang. bukan sebab homesick. jauh sekali.

tapi sebab aku fikirkan, terlalu banyak event yang telah aku terlepas daripada menghadirinya. contohnya, Earth Hour ini. International Balloon Festival. Perhimpunan Besar-Besaran PPSMI. Mogwai datang ke Malaysia. Penerimaan anugerah SPM di maktab tercinta. IIUM debate. Perkahwinan sepupu aku. Harijadi abang, kakak paling tua, kakak muda sikit, bapak, dan emak aku.

masa, cepatlah berlalu.

Moscow State University.

Shabolovskaya Radio Tower

[...]

namun kalau setakat menutup suis elektrik anda selama 1 jam, dan lepas tu dilupakan sahaja dan segala kegiatan anda masih menyumbang kepada kerosakan alam, takda gunanya jugak.


5 comments:

undrgnd said...

waa..
best2 dpt lyn earth hour kt tpt org..
haha!!

Anonymous said...

well, walaupun sejam, at least amik bahagian juga kan? positif3 :)

this is only the beginning. jom lihat umat manusia ni berusaha tak untuk kebaikan masa depan.

pergi berjuang di said...

@undrgnd: hehe tapi lagi best kalau sambut kat tanahair tercinta kot :D

@anonymous: insyaAllah :). biar alien-alien dan robot-robot dalam filem hollywood takda alasan untuk mengutuk kaum manusia yang didakwa sedang merosakkan bumi.

Amir said...

walaupun bilik aku bergelap 1 jam, tp kom2 masih terpasang, leka bermain dota, kipas bertiup kencang, speaker memainkan lagu bahasa penjajah...ironi bukan?

pergi berjuang di said...

belum semuaorang mendapat kesedaran :).