Tuesday, March 3, 2009

paralisis

wah nak boikot Israel ni bukan senang. walaupun ekonomi diorang dah lumpuh (sumber: palestinkini.info), tapi terasa nak lumpuhkan lagi biar sampai tak boleh nak bangun dah.

sampai aku dengar dekat Malaysia, McD sudah mula mengeluarkan pakej-pakej diskaun akibat kekurangan pelanggan. betul ke? kalau ya bagus ah. kat moscow ni tinggal harapan saja lah. berduyun-duyun orang pegi McD. tak pernah kosong dan memang selalu penuh.

jadi untuk memulakan kempen aku sendiri dengan merujuk kepada kertas barangan Israel yang perlu diboikot yang telah diedarkan sewaktu lecture anat (?), aku pun cuba buat analisis sedikit apa benda yang aku dah terbeli, terbaca, tersokong, dan apa-apa-lah.

Time Magazine, Arsenal FC, Sunkist, Carrefour. aku mungkin boleh gantikan Time Magazine dengan E-Siswa, Arsenal FC dengan MyTeam, Sunkist dengan Lyubimi dan Carrefour dengan Mydin. jadi mungkin tak berapa susah.

tapi bukan tu sahaja. sekarang aku jugak ada perfume Aramis yang aku pakai setiap kali sebelum keluar, menggunakan laptop yang sedang berkuasakan prosesor Intel, dan mengelap hingus dan cecair lain dengan Kleenex.

dan peripenting semua perlu tahu aku memiliki baju tidur Giorgio Armani, menggunakan produk rambut Redken, dan pencerah muka L'Oreal. ok ayat ni aku tipu jer. metroseksual gila kalau aku macam ni. tunggu 183 tahun lagi.

kembali kepada plot asal, aku ada long john dan deodorant Marks & Spencer (tolong jangan confuse dengan Marc Jacobs, seperti kawan aku yang sedang membeli-belah di Marks & Spencer), 1 beg dan 3 pasang kasut Timberland, pewangi Ambi Pur dalam bilik, BrylCream untuk mengilatkan rambut, dan phone Nokia sejak zaman dahulu kala.

masuk bab makanan pulak. Selepas McD, aku selalu makan produk Nestle (dari kitkat sehinggalah aiskrimnya), Smarties, dan paling sedih, maggi. aku paling ketagih maggi kot. tapi sekarang nasib baik ada Mi Sedaap.

itu tambah tolak barang yang aku ada yang bakal menyumbang kepada roket-roket Israel. susah sial nak boikot camni. takpa, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. payah mana pun, tak mustahil punya.

sebelum tu, aku nak beli milkshake dan kartofel pa deverenski buat kali terakhir dekat McD.

ok tak serius.

tapi kalau kau nak belanja aku, aku terima dengan seikhlas hati.

ok lagi tak serius.

5 comments:

afiqawe said...

Salam.

Boikot2...

Awe dah 3 tahun tak makan mcD... hehehe...

Balik Malaysia mesti cari makanan2 masakan malaysia,
nasi lemak, nasi kerabu, nasi dagang, nasi ayam, lauk itu, lauk ini, mcm2 kueh dll...

Byk je makanan lain kita bleh makan kan?

Tak mati pun kalau tak makan mcD, minum coke, dll tu..

bukannya berkhasiat sgt kan?

ok.
terus la usaha boikot.
Hanya Allah saja tahu apa hikmahnya.

pergi berjuang di said...

wasalam. gila laa awe dah 3 tahun tak makan mcd. aku baru 3 bulan heheh. tapi betul tu makanan tempatan lagi sodap! sebab tu boleh jer actually kita hidup tanpa semua benda tu. insyaAllah.

i.am.me said...

fuh, nak Nadhir nk boikot vot shto ya lublyu..hehe..ciayok2!!

pergi berjuang di said...

macam tak percaya kan. hahaha :)

disenchanted said...

there's another thing. you know the barcode on stuff rite? kalo bnde2 israel, da barcode started with 729 if im not mistaken.