Sunday, March 1, 2009

syukur 21

kalau masuk jer winter (baru sekali jer pun), mesti kulit aku merekah. merekah tahap moulting ah aku cakap. dah 2-3 botol Nivea Moisturizer aku sapu habis seluruh badan aku. mahal pulak satu botol tu.

dulu kat Malaysia, masalah muka aku berminyak menjadi perbualan makcik-makcik dan jiran tetangga aku. sekarang ni, muka aku memang kering kerna ketandusan minyak sebum di atas permukaan muka aku.

dimanakah kau, wahai sebaceous gland tatkala aku memerlukanmu?

inilah manusia. tak pernah bersyukur. dulu muka berminyak merungut, muka kering pun merungut.

sama jugak macam bila duduk kat Malaysia, mengomel sorang-sorang sebab cuaca terlalu panaslah, matahari terlalu teriklah, gelombang fatamorgana membutakan matalah.

bila sampai overseas, bersumpah seranah terhadap matahari yang suka menyorok, langit yang tak berhenti menurunkan salji, dan suhu bandar yang mencecah takat beku.

sama-samalah kita bersabar, dan mensyukuri segala nikmat dan musibah yang diberi oleh Allah s.w.t, kerana telah dijanjikan pahala dan keampunan yang besar bagi orang-orang tersebut.

surah Al-Hud, ayat 9-11:

(9) Dan demi sesungguhnya! Jika Kami rasakan manusia sesuatu pemberian rahmat dari Kami kemudian Kami tarik balik pemberian itu daripadanya, mendapati dia amat berputus asa, lagi amat tidak bersyukur.

(10)
Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).

(11)
Kecuali orang-orang yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.

3 comments:

Hairi Isa said...

weh nadhir...aku dh lupa lh nombor bilik kita kat intec dulu...

agak2 nya, dlm 68 org yg tertipu tu, bdk mn ntah yg bertuah dpt masuk bilik tu...mmg celaka lh dia.

dn ada yg mcm grayson x hah..hiihi

pergi berjuang di said...

hahaha. aku lupa gak mula2. tapi lepas tanya orang, baru aku ingat balik. 7/407 atau 7/405 haha. aku slalu confuse.

tempat buang sampah tu dahlah tak berfungsi, sinki plak sepuloh juta kali ni roboh hahaha.

memang sial sapa dapat bilik tu.

pinkbloomer said...

huhh..manusia mmg xb'syukur.moga2 kte elak dr b'ada dlm golongan itu..