Thursday, April 9, 2009

bersih

malaysia nampaknya masih ada harapan.

perdana menteri baru kita nampaknya telah membersihkan kabinetnya daripada ahli-ahli yang kotor, malahan tidak mengambil satu pun yang terlibat dalam apa-apa aktiviti gelap.

ni termasuklah encik KJ kita! dibandingkan dengan encik MM, sudah tentu yang kedua itu lebih layak.

dan perasaan gembira aku bercampur dengan perasaan bengang apabila Noh Omar masih berada di dalam kabinet, walaupun ditukarkan kepada kementerian lain yakni Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

aku memang tak cukup suka dia, memandangkan aku ada sejarah hitam dengan dia waktu perjumpaan UMNO bagi pelajar-pelajar MARA sebelum terbang dahulu.

perjumpaan yang bagi aku, memang penuh dengan karut marut hasil sogokan ucapan-ucapan orang-orang kuat UMNO. antaranya, Noh Omar.

ada ke berlakunya satu situasi yang aku rasa agak bodoh dan tak patut dilakukan oleh seorang menteri. dia tanya soalan kat budak ni, kononnya sebagai seorang panel temuduga, "do you have any weakness?"

dan budak tu dengan lurusnya pun jawab-lah, "yes, i do have weaknesses yadayadayada.."

lepas tu tiba-tiba Noh Omar cakap, "if i were the panel, you would have immediately failed the interview!"

suasana dewan yang dibanjiri lebih daripada 1000 orang menjadi tegang.

alasan dia, sepatutnya budak tu tak payah cakap dia ada kelemahan. dia kena yakin dan menjadi kamil dan syumul bagi panel itu.

kepala hotak kau. manusia mana dalam dunia ni sempurna? yang takda kelemahan? perlu diingatkan semula, kita selaku hamba Allah yang hina lagi lemah tidak maksum ya.

bagi aku, tak salah kau jawab kau ada kelemahan. bagi aku, tu menunjukkan sifat kau yang jujur, dan sanggup belajar daripada kesalahan.

kalau kau jawab yang kau takda kelemahan, bukankah itu terlebih yakin? yang hanya akan menampakkan imej sombong terhadap panel?

boleh jer nak cakap daripada kelemahan tu kita boleh tukarkan kepada kekuatan.

yang Noh Omar buat, dia pergi memalukan budak tu dalam dewan yang dibanjiri lebih daripada 1000 orang yang bakal terbang ke 5 buah negara yang berbeza.

itu baru satu kes. banyak lagi hujah dalam ucapan dia yang aku rasa tak feasible langsung dan senang sangat nak dibidas.

dengan kemarahan aku yang membuak-buak tu, aku memang nak rampas mikrofon kat tengah dewan tu terus. dah siap fikir, nak cakap dalam BI ke BM. kalau cakap BI, takut laju sangat dia tak faham. kalau cakap BM, takut tak dapat cari kosa kata sesuai.

maka, sedang aku sibuk menyusun ayat dalam kepala, tiba-tiba ada sorang pelajar wakil Taylor's College bangun dan memberi pendapat dia. dan pendapat dia, sebijik macam apa yang aku fikir.

dari kisah kelemahan interview tu, sehinggakan isu hak orang Melayu dan mobiliti ekonomi orang Melayu. semuanya habis dia muntahkan dekat Noh Omar tu.

kira, aku respek habis-lah kakak tu.

tapi Noh Omar pun takkan nak duduk diam jer macam pokok, dia pun bidaslah balik dengan hujah yang boleh tahan bernas tapi masih nampak bias.

itulah sejarah aku dengan Noh Omar. takda-lah apa sangat pun. kadang-kadang, aku rasa, baik aku yang jadi menteri tu dan sebarkan ideologi aku.

marilah ramai-ramai kita praktiskan nadhirisme!

[...]

aku dengar kakak tu kena paksa jumpa Noh Omar lepas habis sesi tu. agaknya nak brainwash lagi kot. tak cukup dengan ceramah 8 jam dan BTN seminggu yang buat telinga aku berdarah jer.

[...]

yang buat aku lagi tergelak, Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Perdana Menteri Sumber Manusia tu pun kena buang.

dia yang semangat dok kasi budak-budak rusia ni ceramah dalam perjumpaan Surviving Soviet tu dulu.

tak ke mana semua tu nampaknya.

2 comments:

chilavek said...

alahai manusia....
takkan benda macam tu pun nak benci orang lain tahap macam tuuuuuuuuuuuut.....sebagai manusia yang hendak mencari keredhaan allah,kite dilarang membenci sesame manusia.......
kalau ye pun nak bangkang kerajaan jangan la macam ni.....ade cara lain .....cube fikirkan...kerajaan tu jahat sangat ke sampai patut dibenci macam tu(merujuk kepada artikel2 sebelum ini.......)fikir balik yang anda dapat ke russia atas inisiatif siapa......KERAJAAN JUGAK.......kalau ye pun tak puas hati suarakan ke 'channel' yang betul ...jangan la jadi macam pepatah lempar batu sembunyi tangan.....tu tak JANTAN manenye......ulasan ini bukan nak mengutuk sesiapa......cume nak menasihatkan anda ,diri sendiri dan owang lain supaya muhasabah diri skit....semua orang tak sempurna......melainkan nabi dan rasul disisi allah.....jadi...cubela untuk memperbaiki diri kite ni k......ALLAHUAKBAR.....wassalam

pergi berjuang di said...

terima kasih chilavek atas teguran itu. aku selaku hamba Allah yang lemah lagi hina hanya mampu menerima untuk berubah ke arah kebaikan :)

tapi nak buat beberapa klarifikasi lah. aku takdalah benci sampai tahap macam tuuuuuuuuuuuut. takda pun aku sebut macam tu. cuma macam biasa jer tak suka. fitrah manusia aku tak boleh elak. mungkin gaya penulisan aku menunjukkan tahap kebencian aku yang melampau tetapi sebenarnya semua tu bersulamkan metafora saja.

walaupun kebanyakan pos aku bersentimen pembangkang, tetapi aku tak rasa kerajaan tu jahat. mungkin terpesong sedikit tapi masih ada harapan seperti sekarang.

dan aku masih ingat dengan jelas lagi siapa yang menghantar kita ke rusia. baik MARA, JPA mahupun MINDEF. bukannya bermaksud jika aku tidak menyokong kerajaan itu, aku turut tidak menyokong dasar-dasar kerajaan itu. kalau dasar itu bagus lagi murni, contohnya menghantar pelajar ke luar negara, aku rasa bodoh bahalol lah orang yang mentabrakkan dasar itu walhal tahu akan kebaikannya.

tak kisahlah jika kerajaan bertukar. yang baik tu kekalkan saja. tak perlulah diubah.

dan ini bukan soal jantan tak jantan, betina tak betina. apa yang tak betulnya dengan channel ini? aku rasa bersepah jer bloggers yang sama seperti aku.

takkanlah nak mengulas benda seperti ini tak boleh? aku hanya memberi pendapat aku. yang lain, terserah kepada pembaca untuk menilai. ada yang menyokong, ada yang tak. aku tak kisah.

aku pernah hantar artikel ke tranungkite, dan utusan. kedua-duanya diterbitkan. tapi tak perlulah aku cakap yang mana satu. tapi kalau hantar disitu, banyak benda yang kena tapis. yang aku hantar lain, selepas editnya lain. apakah? jadi kau sarankan channel mana yang betul sekarang ni?

sebagai justifikasi am, aku tidak menyokong mana-mana parti. kalau ya pun aku menyokong, tidak semua dasarnya aku sokong. hanya beberapa konstitusi dalam perlembagaan parti itu sahaja yang setelah aku teliti wajar diberi sokongan.

salam.