Sunday, August 23, 2009

salam ramadhan

baru-baru ini aku gagal test JPJ aku. aku terbabas sedikit sewaktu nak berhenti atas garisan kuning atas bukit tu. terpaksa ambil semula tahun depan.

memang memalukan. aku rasa mahu ambil lesen terbang saja.

[...]

aku ada satu formula tentang kereta yang mempunyai nombor plat bermula dari J (orang Johor).

mereka ini mesti memandu dalam kelajuan yang amat rendah. kalau nak dibandingkan dengan kereta plat W, ataupun B ataupun D.

contohnya, kalau aku balik kampung aku di Johor, mesti bapak aku terikut-ikut balik dengan orang-orang Johor yang lain yakni memandu sangat perlahan. hanya sebab tu, perjalanan aku balik kampung menjadi 4 jam lebih tanpa berhenti rehat.

mungkin aku melebih-lebihkan cerita, tapi kenapa aku rasa macam semua orang Johor memandu dalam 20 km/h walaupun dekat lebuhraya?

kalau duduk di Johor takpa-lah. ini kalau terjumpa pulak plat J ni dekat tengah-tengah Subang. berani pulak dia memandu lorong paling kanan. aku rasa mahu sodok saja kereta tu kasi hantar balik JB.

lepas ini kau memandu atas jalan raya, cuba perhati kereta-kereta misteri berplatkan J ni.

[...]

aku rasa laksa johor mak aku memang yang terbaik dalam dunia. nasib baik aku sempat makan sebelum balik ke Moscow.

2 comments:

Nur Ali said...

gagal jpj?
wat le tahun depan.ko nervous sgt ke smpai terbabas?ke ko da tekan clutch tapi lupe tekan brek?

haha

aku nak wat penambahan sikit.kereta misteri berplat K pun slow gak.sakit hati pemandu amatur mcm aku ni bila kereta depan yang bukan berplat A bawak slow
heeee

pergi berjuang di said...

aku gagal sebab aku cuak tengok pegawai jpj bermisai tebal melenting ke hujung. dan mungkin ada awek cun yang bawak kereta sebelah aku. ewah.

kalau macam ni, kita kena boikot plat kereta J dan juga K.