kalau zaman mrsm dulu, sewaktu penganjuran minggu bahasa, mesti semua orang berdebar-debar. ada yang mula tak makan makanan DS, mula tak turun padang, sampai ada yang tak tidur 3 hari 3 malam.
mungkin tak semuaorang kot, ada yang lebih cenderung kepada SUZON dan robofair. macam aku, nadwah islamiah dan minggu bahasa memang sebati dengan jiwa aku. (tolong jangan muntah atas blog aku, walau geli manapun ayat tu)
jadi dalam minggu bahasa, acara yang dinanti-nantikan sudah tentu debat ala parlimen/debate parliamentary style. benda ni yang aku terpanggil nak ulas sikit.
aku andaikan bahagian "ala parlimen" tu mestilah berlandaskan negara Malaysia. yerlah, kalau ala parlimen british macam dalam WORLDS, sudah jadi lain. hanya ada 2 speaker. itu format dan cerita lain.
bayangkan, kalau betul-betul-lah, format debat tu ikut parlimen Malaysia sekarang ni. mencabar bukan?
YB Taiping: "Tuan Speaker, YB Pasir Salak pada hari ni tidak mematuhi tatacara pemakaian yang digariskan! Dewan sepatutnya menghalau dia keluar!"
YB Pasir Salak: "Apakah? Jangan menipu fakta YB Taiping. YB tertinggal cermin mata ke hari ni? Cermin diri sendiri dulu-lah!"
YB Taiping: "Sidang dewan, sudah jelas, terang dan nyata YB Pasir Salak sudah lari dari usul pada hari ni. Sudah-lah kesalahan ini tidak mahu diakui!"
Sidang dewan memberi tepukan yang gemuruh untuk YB Taiping.
Jauh dalam benak hati YB Taiping, dia menyimpan hasrat untuk menang anugerah pendebat terbaik.
Tapi semuanya akan musnah dalam masa beberapa minit dek tindakan bodoh kedua-dua YB ini.
YB Pasir Salak pun panas. Suasana semakin genting. YB Serting dan YB Balik Pulau tak berani bersuara.
Muka YB Pasir Salak mula menunjukkan ciri-ciri macam ayam berak kapur. Sudah tersesar jauh dari usul. nasib baik, otak dia masih bergeliga. Tindakan seterusnya difikirkan dua kali. Alang-kepalang usul aku ditolak, baik aku buat kecoh dalam dewan persidangan hari ni.
YB Pasir Salak mula menapakkan kakinya yang kontot ke arah YB Taiping. Termengah-mengah. Lalu dengan sekali go dia menyondol YB Taiping sehingga tersungkur ke tanah.
Terengsot-engsot YB Taiping bangun semula. Berdarah abdomennya. Sekerajaan kutu pun terbebas daripada badan YB Taiping. Tindakbalas YB Taiping mengejutkan semuaorang.
Serangbalas dilancarkan. YB Taiping menyepak YB Pasir Salak sehingga terpelanting sehingga ke hujung dewan.
Gegar gempita-lah sidang dewan pada hari itu.
Nasib baik, sesi penggulungannya dibuat sendiri oleh Tuan Speaker Dewan yang tersohor itu. Beberapa ayat saja yang dikeluarkan, tetapi cukup bernas untuk menangguhkan persidangan pada hari itu.
Dia mengarahkan semua untuk bertenang, dan jangankan-lah dicampuri hal-hal haram ini. Nanti payah perlu samak.
Mereka tu lain lah. dah sama spesies.
[...]
cuma aku risau, nasib YB Langkawi. takkan-lah dia mahu turut serta dalam pergaduhan kelas bawahan seperti ini? hilang-lah keayuannya.
melainkan idolanya Rafidah Aziz. sudah tentu dia merajai persidangan rimba setelah transformasinya menjadi harimau betina.
anjing dan babi pun tak berani bersuara dah.
apatah lagi menyebarkan kutu-kutu haram mereka ke atas orang lain.
[...]
pada pendapat aku-lah, format ini lebih bagus kot berbanding format debat peringkat mrsm sekarang. at least, dapat asah skil pertahankan diri.
daripada debat tanpa percanggahan konflik dan sesi pembidasan, dan kedua-dua belah pihak menyokong usul yang sama, baik tukar nama jadi forum perdana terus.
Monday, January 12, 2009
hiatus-lah sangat 2
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
5:08 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Manusia...hahaha Mmg penuh hipokrasi. Jgn risau aku mmg sedia hiatus dgn sikap sebegini...
mantap-lah kau amir selalu dapat isi tersirat aku :)
Post a Comment