Saturday, February 21, 2009

7 Perkara Yang Kau Perlu Tahu Tentang Babushka Sebelum Datang Melawat Aku Di Moscow

secara literalnya, babushka adalah nenek dalam terjemahan bahasa melayunya. kebiasaannya, babushka adalah lebih ganas dari nenek-nenek biasa kau nampak kat Malaysia. mereka menjadi golongan majoriti Moscow, sebab kadar mortaliti rendah dan kelahiran pun rendah. terwujudlah golongan ni yang kian merempit di jalanan Moscow tidak kira siang ataupun malam.

disebabkan mereka mempunyai saham yang tinggi dalam mobiliti sosial penduduk Moscow, maka dengan bangganya aku mempersembahkan 7 perkara yang kau patut tahu tentang mereka dan ambil sebagai pengajaran bila kau dah tua dan mempunyai perancangan untuk mati di Moscow.

1. Mesti Ada Tongkat Sendiri Untuk Self-Pleasure

tongkat ni seringkali digunakan untuk menghambat remaja seperti aku didalam bas. babushka ni ada beberapa jenis. ada yang tak suka bercakap. mungkin sebab malu takda gigi. tapi yang penting, sebab mereka tak suka nak menyuarakan pendapat, tu yang mula pakai tongkat nak hambat remaja naik bas. lambat konon, kita dituduh. piirah. kita lumba lari. tengok sapa terkincit tengah jalan.

kau jangan terkejut kalau tongkat tu tetiba berubah menjadi senapang patah. mati kau kena tembak tengah jalan habis kena gilis ngan trolleybus. kisah benar ya.

2. Kalau Takda Tongkat, Pakai Bag Plastik Ashan.

babushka ni pantang kalau dalam metro/bas, kau tak kasi tempat duduk kau. masalah utamanya, babushka ni suka hati bontot dia jer nak target immigran. padahal banyak jer remaja Moscow yang bontot besar taknak bangun dalam metro tu. kita jugak jadi sasaran.

pernah sekali, aku ternampak babushka sorang ni naik metro. aku dengan tangkas berpura-pura tidur sambil dengar MP3. hei, aku dah diri 11 stesen. aku layak menerima tempat duduk dah ok. dah tu aku mula nak terlelap secara serius, ada benda dok hentak aku kat kaki. aku pun pelik ah ingat ada orang terlanggar aku.

makin lama, makin kuat hentakan tu. celik-celik mata aku nampak babushka tu tengah hempas aku dengan beg plastik Ashan dia yang besar. sakit kau tau tak? kau isi lemak kau ke dalam tu? kalau ya nak gerak aku tak payah la macam nak bunuh aku.

3. Ada Jugak Babushka Yang Bermulut Murai

hok ni, tak perlu tongkat ke beg plastik Ashan ke apa-apa. dia pakai mulut jer buat bising. yang ni tahap annoying dia tinggi mengalahkan budak tadika. yang dia tau, merengek dalam bahasa Rusia. ada member aku pernah kena, ni aku tolong translatekan lah.

"Young people should not be taking the bus. You should be walking! You are young!"

tu kalau babushka tu dengki kau dapat naik bas dulu dari dia.

nenek, aku tak kisah nak jalan. masalahnya aku dah bayar dah pun tiket bas ni. sukahati lah aku nak jimat tenaga ke tak. zaman kau muda dulu dah berakhir. terima hakikat tu.

4. Pusat Operasi Adalah di Ismailovskaya.

Ismailovskaya, tempat aku belajar yang jauhnya 1 jam 30 minit dengan menaiki metro, dengan popularnya telah menjadi HQ para babushka Moscow. kat sini, memang kau pandang atas bawah kanan kiri, semuanya babushka.

City of Babushkas. Persatuan Babushka Seluruh Moscow. PBSM. apa-apa kau nak gelar.

selagi kau berada dekat sini, nyawa kau memang terancam. yerlah, kau masuk teritori musuh. mana taknya. semua akan jeling kat kau, dan mula jeles dengan awet muda kau. mula-lah lepas tu diorang nak stalk muda-mudi macam aku ni.

5. Mempunyai Tenaga Fizikal dan Batin yang Sangat Kuat

peliknya, babushka kat Moscow ni suka sangat berjalan. kalah orang muda. kalau kat metro ke mana-mana lah, mesti kau akan nampak sekurang-kurangnya 10 babushka.

boleh bayang tak, kau naik LRT pergi KLCC atau KTM pergi Midvalley, pastu nampak nenek kau tengah berhimpit macam sardin dalam tren tu. bukan nenek kau sorang jer, nenek-nenek kawan kau pun ada. pastu nenek jiran kau, nenek cikgu kau, nenek kepada nenek kau pun ada. semua tengah berhimpit dalam tu nak pergi jalan-jalan.

malangnya, tu yang berlaku kat Moscow.

pesanan untuk babushka sedunia, duduk jerlah rumah buat tanaman hidroponik ke apa. yang excited sangat nak pergi redah ribut salji tu apa kes.

6. Masih Tak Sedar Rokok Bukannya Eliksir Kehidupan

dah tua kerepot masih boleh lagi hisap rokok Marlboro 20s dll. gila haper. golongan babushka hisap rokok ni banyak boleh didapati di Ismailovskaya, dimana mereka tak akan dicemuh kerana semua ahli persatuan mereka menghisap rokok.

aku rasa tu dah jadi aktiviti rasmi persatuan. mentang-mentang rokok murah kat sini.

tengok-tengok dah paku diri sendiri dalam kubur. semoga kau hidup panjang lah yer.

7. Hidup Keseorangan Dan Menjana Pendapatan Hidup Melalui Bisnes Tepi Jalan

aku rasa ni faktor utama/tunjang/teras yang menyebabkan babushka-babushka bersikap no 1-no 6.

diorang ni kebanyakannya dah ditinggalkan oleh anak-anak. anak sorang dua jer pon. semua lari kahwin tinggal tempat lain dah.

dah emotionally-rejected, financial constraints menghantui mereka pulak. duit pencen sikit tak cukup nak sara hidup dalam bandar paling mahal dalam dunia ni. ciput jer kerajaan Rusia nih. aku jual pisang goreng kat Shah Alam kaya lagi.

dah tu, mulalah nak berjinak-jinak dengan bisnes. sebab tu kalau datang Moscow, senang mata nak nampak babushka menjual apa-apa sahaja di tepi jalan. dari barang terpakai sehinggalah sayur tanam belakang rumah sampaikan seluar dalam terpakai pun diorang jual.

dalam kesejukan pulak tu sibuk menjual. memang anytime boleh jatuh rebah kena pneumonia.

tapi diorang tabah. bisnes tetap bisnes. duit mesti masuk. kalau tak macammana nak beli tongkat baru yang hip dan bergaya.

nanti malu ah dalam kalangan geng dia. nak ketuk immigran pun rasa bersalah sebab tongkat buruk.

aku rasa sikit jer aku rumuskan. ada apa-apa tambahan datang sendiri tengok. jumpa kau kat Moscow dalam 4 tahun.

No comments: