tak semua yang kita nak dalam kehidupan ni akan kita dapat. hidup ni penuh asam garam. aku sedih memikirkan macammana gadis Rusia yang memang cun nak mati akan bertukar menjadi seorang babushka yang rasa nak tolak jer jatuh metro.
cuba tengok ni. sedih bukan? daripada ni:
terus berubah menjadi ni:
[...]
tapi tu-lah kehidupan. samaada kau nak bukak mata dan terima benda tu ataupun hidup dalam masa lampau selama-lamanya.
kau hidup penuh dengan kuasa ke, atau papa kedana ke. lahir dengan muka yang hensem ke, atau awek tak cun ke, semuanya akan menjadi sama rata.
akhirnya jadi tanah jugak.
[...]
tanah yang hina. begitu hina sehingga setan enggan tunduk sujud kepada kita. gah konon dengan apinya.
tapi Allah s.w.t isi kita dengan roh yang mulia dan suci. 2 elemen tu bergabung untuk mewujudkan kestabilan sistem manusia. macam yin dan yang. baik dan jahat. Pak Lah dan Anuar Ibrahim. apa-apa jerlah yang mempunyai antonimnya sendiri.
kau boleh pilih, nak memuliakan diri sendiri atau terus berada dalam keadaan hina. sebab tu kita kena cari roh Islam dalam dunia ni. pilihan semua dalam tangan kita.
macam Celcom pulak terasa. tapi aku serius ni.
apa-apahal pun, aku cuti hari Isnin minggu depan.
sorakan gemuruh untuk aku sebab dapat tidur sampai pukul 2 petang kelak pada hari Isnin walaupun ada exam Bio pada keesokan harinya.
Saturday, February 21, 2009
metamorfosis seorang Babushka
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
10:02 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment