Saturday, February 7, 2009

bila spring nak menjelma

jalanraya masih dipenuhi salji. sungai Moscow tak cair-cair lagi. orang ramai dah bosan main snowball. rembesan peluh masih belum keluar dari ketiak. winter sale di pusat membeli-belah masih belum reda. belakang badan kau penat terketar dek penghasilan haba.

spring belum sampai!

mengingatkan kepada aku, pakar kaji cuaca meramalkan esok suhu akan jatuh sehingga -38 darjah celcius. bukan fahrenheit ya, tak usah khuatir lagi.

[...]

cekak pinggang. angkat kening blonde. mundar-mandir seketika.

aduh. tepuk dahi sendiri! dasar proksi primat berakal. esok dah mula semester barulah!

labcoat tak basuh lagi.

[...]

nampaknya dengan jadual semester baru aku yang ketat, dukacita diumumkan kepada semua bahawa aku tidak mampu untuk menunaikan solat Jumaat seperti semester 1.

melainkan waktu Zohor masuk pada pukul 2 petang. tang tu insyaAllah boleh.

kalau nak lihat secara positif, aku takda kelas hari Sabtu dah. masyuk!

boleh mula memanipulasi neuron otak aku untuk berada dalam keadaan pasif setiap pagi Sabtu.

No comments: