Saturday, February 7, 2009

kenali huruf M

[1]

berderau darah aku. dengar jer perkataan Mongolia atau sekutunya. shh jangan salah faham. bukan pasal Tok Dalang N kat tanah tumpah darah aku tu. itu cerita lain.

Mama Mongolia (MM) buat hal lagi. Abu dan Ali (memang bukan nama sebenar) pulak kali ni jadi mangsa kena buang Pushkin. masalah remeh-temeh jer tapi perlu diperbesarkan. mungkin memang dalam pigmen hemoglobin orang-orang Mongolia ni kot suka buat hal. dah kata ada campuran Asia.

sekurang-kurangnya kena buang pergi Spartiv. adalah tulang kerelaan tu dilonggarkan sikit.

lepas ni kalau buat hal lagi aku rasa satu batch terus kena buang negeri dengan MM. jumpa kat volgo kita semua nanti. dapat jugak aku cuit kaki Mamayev Gurkan nanti.

[2]

Moscow ni walaupun dikenali sebagai rumah jutawan-jutawan dunia, tapi jurang sosioekonomi antara kelas atasan dan bawahan masih izhar.

contohnya, golongan atasan sudah tentunya anak jati Moscow yang memang darah dan muntahnya tertumpah atas bumi Moscow ni setiap kali mereka mabuk. mungkin kadang-kadang termuntah atas kereta Porsche atau BMW series mereka. tapi sudah tentu mereka ada lebih daripada satu kereta mewah.

dan disini jugak, berlakunya double standard yang boleh ditentukan dengan jenama kereta. sesiapa jer yang memandu kereta nasional Rusia, iaitu Lada, akan secara otomatik ditendang ke golongan kelas bawahan.

biasanya, golongan atasan ni berkulit putih seperti Edward Cullen, berambut blonde seperti Pamela Anderson, tinggi lampai seperti orang Eropah, berkaki seksi (bagi perempuan), dan perlu memakai sekurang-kurangnya sehelai pakaian daripada Zara, Lacoste, Bershka dan Topshop digabungkan sekali.

itulah golongan atasan.

golongan bawahan pulak biasanya merupakan campuran daripada pelbagai bangsa. secara komannya adalah campuran Asia dan Rusia. contohnya orang-orang dari Mongolia tu. ada jugak yang berasal daripada negara-negara yang berakhir ngan "tan", seperti Uzbekistan, Tajikistan, dan apa-apa "tan" lah. ada jugak ketumbukan dari Tanah Besar China dek one child policy yang diamalkan negara China.

mereka pun impikan keluarga bahagia yang terdiri daripada 4 orang anak. lebih-lebih lagi kat Rusia ni dapat insentif daripada kerajaan sekiranya anak lebih daripada 2. siapalah yang taknak.

jadi, geng ni ramai jugak. seringkali bergerak dalam gerombolan seperti hendak membunuh orang. mereka suka pakai snowcap daripada pasar, kalau boleh mesti ada jata negara Rusia atau bendera Rusia diatas snowcap tu supaya tidak dicop sebagai pendatang asing.

jaket winter lebih digemari jika berkilat, dan diperbuat daripada kulit haiwan sintetik. semuanya mesti dibeli di pasar berdekatan rumah mereka. kadang-kadang, kalau kau bernasib baik, boleh nampak mereka memakai kasut berjenama seperti Nike dan Adidas. itu lepas dapat bonus kerja buruh mereka.

berambut hitam pekat, bulu kening lebat, berkulit sawo matang sedikit, dan mengeluarkan bau, er, minyak wangi murahan pasar.

itulah cara mengenal pasti golongan bawahan.

kalau kami sebagai pelajar negara asing ni, seringkali disalah anggap sebagai kelas bawahan. lebih-lebih lagi yang rupa macam Melayu campur tu. ada member aku tu kalau pergi Ashan jer, mesti kena tegur dalam bahasa Rusia. bawak bersembang macam rakyat jati pulak.

tapi memanglah orang Moscow cakap bahasa Rusia jer. bahasa lain berterabur. mana taknya, semua benda nak translate kepada bahasa Rusia. wayang-wayang Barat semua kena dub jadi bahasa Rusia. novel Inggeris semua alihbahasa kepada bahasa Rusia. nak cari novel Inggeris tu memang tunggu anak aku lahir baru ada kot. itu cerita lain.

kalau muka aku kat sini, orang akan ingat Vietnam. dah 3 atau 4 kali rasanya dianggap macam tu. biasanya aku balas balik dengan bahasa Vietnam. ala, bunyi-bunyi kuali berlaga tu. senang jer.

ada jugaklah insiden sekali tu orang ingat aku dari Afrika. bab tu aku tak reti sangat buat bahasa dia. jadi aku layan cakap aku dari Afrika Selatan pulak. orang percaya jer.

aku jarang-jarang mengaku Malaysia. jangan tanya kenapa.

4 comments:

pinkbloomer said...

hahaha.deskripsi golongan kelas bawahan diterangkan dgn tepat sekali!

pergi berjuang di said...

dah 4 bulan memerhatikan diorang dari jauh :P

Amir said...

hehehe, aku pula?
dianggap orang Korea, Jepun atau China atau seumpama dengannya...
erm..jgnkan aku kena tikam sudah kat depan Pushkin...:))

pergi berjuang di said...

kalau kau lah kan mir, hmm x pasti ah! kau semua rupa ada cewah. insyaAllah selamat kat nizhny :)