Friday, May 1, 2009

awas

dulu masa tanduk aku mula tumbuh, ada jugak terdetik dalam hati aku nak buat satu blog macam gossip girl.

niat jahat nak sebarkan gosip terkini dan dedahkan gambar-gambar skandal budak first year.

tapi of course-lah aku tak buat. itu barang boleh bikin dosa x238923 ganda sampai ke liang lahad.

yang aku nak cerita ni, sekarang ni media dekat MMA agak panas dengan tertubuhnya blog ala-ala gossip girl yang dengan selamba badak mengutuk budak-budak MMA tak kira tahun ke berapa! (ada gaya Azwan Ali tak?)

dahlah aku macam ada firasat itu blog orang Melayu yang buat. memalukan bangsa sendiri jer.

yang lagi panasnya, kutukan dalam blog tu pulak berbau perkauman dan keagamaan. apa kes? macam takda modal lain jer nak kutuk. nampak sangat amatur.

come on-lah. lu orang tak profesional langsung. nak laser orang tu biarlah tajam dan sinis. bukannya menghamburkan semua kosa kata makian dan carutan dalam 7 bahasa.

macam debat menengah rendah jer.

dalam ilmu berhujah, hujah yang tajam ialah hujah yang pendek tapi kena tepat pada sasaran. hujah yang meleret panjang tetapi kena sipi-sipi boleh dikategorikan sebagai sia-sia sahaja.

[...]

debat uiam 2009 pun dah berakhir dengan kejutan sekolah menengah Islam Hidayah yang tak pernah aku dengar nama sebelum ni tiba-tiba masuk sehingga ke final untuk kedua-dua kategori, BM dan BI.

hambek kau. smap kajang, selaku juara bertahan yang masih menghantar pasukan juara yang sama pun kalah. mckk, rmc, dan mrsm taiping semua tewas.

kecewa lagi Cikgu Dolah nampaknya setelah 3 kali berturut-turut menghantar pasukan harapan, tetapi tetap kecundang. bilalah agaknya boleh mengembalikan zaman kegemilangan tahun 2004 sewaktu mrsm taiping menjadi johan debat uiam?

pasukan debat Inggeris pun lagilah tidak memberi kejayaan. tak sempat nak break pun sehingga ke double octos. prestasi paling teruk aku rasa memandangkan tahun lepas berjaya ke semifinal, tahun aku ke octofinals, tahun sebelumnya di octofinals dan tahun sebelum itu lagi ke quarterfinals.

aku saspek ni mesti sebab tukar cikgu debat baru ni. cikgu kementerian mana entah dia bawak masuk. aku datang hari tu pun tak kenal muka aku yang selalu melekat di jabatan bahasa.

sampaikan cikgu tu sanggup mengambil tingkatan 4 untuk bertanding dalam pesta debat mrsm minggu depan. satunya, mereka tak berpengalaman. patut seludup masuk dan dilatih bersama pasukan tingkatan 5 saja. keduanya, pasukan tingkatan 5 sudah berlatih sejak tingkatan 4 lagi dan sememangnya mereka yang wajar diberi penghormatan itu pada hemat aku.

bukankah tradisinya tingkatan 5 yang bertanding sementara tingkatan 4 memerhati dan belajar? melainkan pasukan tingkatan 4 itu memang terdiri daripada top 10 speaker UIAM takpalah.

aku takut generasi debat di mrsm taiping mula pupus, dan nama gah mrsm taiping selaku kuasa besar debat antara mrsm mula goyah.

3 comments:

acap said...

salam......nadhir ape khabar.....lame tak denagr citer...
wah,wah,wah.....sejak dah ade blog ni makin hebat nampak......sume bende nak dicommentnye...hihihihihihih
anyway amacam life kat sane skang ni ok ke?ade pape berite terbaru?

pergi berjuang di said...

wasalam. wah acap macammana jumpa blog ni? aku sihat jer alhamdulillah.

sekarang ni ok jer kat moscow. cuaca memang best maklumlah spring. picnic memanjang jer semuaorang.

takda apa-apapun sangat yang terbaru. tapi mulai tahun ini untuk setiap 3rd year ke 4th year aku tak pasti, dah kena mula buat praktikal dekat moscow waktu cuti summer.

so kena balik lambatlah time tu haha. tapi insyaAllah boleh jer mintak awalkan. sapa nak balik Malaysia lambat-lambat :P

intec camna? ok tak semua?

Unknown said...

Salam brother, generasi debat kat taiping takkan pupus. Kitaorang smbung. And this year taiping Johan Inter,kat UIA pulak kitaorang kalah kat suku akhir dengan tiga2 kitorang top20 best speaker,two of us top10.