Monday, June 29, 2009

marabahaya

di depan mata aku sekarang ini ada roti pisang, neslo ais, tempat buang abu rokok, bekas simpan sudu garfu besi, dan kotak tisu. oh, dan aku juga dinyamankan dengan semburan mikropartikel air daripada kipas bergerak sambil menonton ulang tayang bola final confederation cup.

soalan cepumas, dimanakah aku?

ok-lah tak payah jawab pun. aku saja nak buat sesi interaktif dengan pembaca.

eh kalau tak dapat jawab, memang kita patut putuskan hubungan saja.

[...]

tadi di kedai mamak*, member aku tiba-tiba bawa keluar satu fakta ni secara spontan dan tak diduga;

"orang Melaka memang suka kahwin dalam keluarga sendiri kan? at least 2 pupu, atau 3 pupu-lah. kalau tak pun, kahwin dengan orang sekampung, tapi mesti Melaka jugak."

aku cuba kesan balik salasilah keluarga emak aku yang berasal dari Melaka.

datuk aku, seorang mualaf cina, kahwin dengan nenek aku, yang dulunya tinggal sekampung di pelosok Melaka mana entah. lepas kahwin, datuk aku pindah untuk membina perkampungan baru, lantas berjaya menamakan jalan memasuki kampung aku itu bersempena namanya. (walaupun takda kena mengena, aku nak tunjuk datuk aku ni hebat gila dulu)

dapatlah anak 5 orang. termasuklah mak aku.

Pak Long aku kahwin dengan orang Melaka. (bukti kedua, dan buat yang tertanya-tanya, bukti pertama tu datuk aku kahwin dengan nenek aku)

Pak Ngah aku pulak pun kahwin dengan orang Melaka. malahan, jiran sebelah kampung.

kemudian, memecah tradisi adalah tak lain dan tak bukan emak aku. dia memang dare to be different. dia kahwin dengan bapak aku, orang Johor. tak-lah jauh sangat dari Melaka pun.

diikuti lagi dengan Mak Teh aku yang kahwin juga dengan orang Johor, dan akhirnya Pak Cu aku kahwin dengan orang Melaka.

lepas tu, 4 daripada anak Pak Long aku kahwin dengan orang Melaka jugak, dan lagi satu kahwin dengan orang Johor.

dan 2 anak Pak Ngah aku kahwin dengan orang Melaka.

anak-anak pakcik makcik aku yang lain semua tak kahwin lagi. jadi statistik tergendala dan terpaksa dihentikan setakat ini sahaja.

jadi, dah berapa bukti semua tu?

nak tambah lagi, hari Ahad lepas aku balik kampung aku dekat Melaka untuk majlis perkahwinan kenalan keluarga aku.

cuba teka dia kahwin dengan orang apa?

kalau kau jawab orang Melaka, tahniah kau memang betul tapi agak sedih sebab kau dah membazirkan masa kau membaca entri tak berguna ni di samping mendapat pengisian tentang keluarga aku yang memang tak ada signifikan langsung dalam menjalani kehidupan normal kau.

lepas tu aku berfikir sejenak, kononnya seperti orang berfalsafah di kedai mamak itu*.

pernah dengar tak suatu stereotaip di Malaysia dimana orang Melaka ni kuat melatah?

aku rasa-lah, kalau betul orang Melaka ni kuat melatah, mesti sebab gen buruk hasil daripada perkahwinan sesama saudara atau sekampung yang mungkin mereka tak tahu pernah terhubung walaupun jauh.

bahaya tu. dalam Islam pun tak galakkan kahwin sesama sepupu sendiri.

jangan-jangan, aku pun kahwin dengan orang Melaka nanti!

ah, tapi aku redha saja.

*jawapan kepada soalan cepumas

3 comments:

Nur Ali said...

nadhir
kau kena kawin ngan org kl!

pergi berjuang di said...

hahaha kenapa pulak?!

Amir said...

ak sgt setuju, aku orang melaka juga,
datuk aku juga seorang mualaf cina berkahwin dengan orang melaka,
emak aku, orang melaka berkahwin dgn bapa aku yg tinggal di melaka,
tidak kira lagi beberapa bapa saudara dan emak saudara aku yg berkahwin juga orang melaka....
hmmm.....menarik...

aku juga ingin berkahwin dgn orang melaka, tetapi chinese la...:D