Sunday, June 28, 2009

tengok, makan lagi!

semalam aku duduk di ruang tamu. kfc bucket terhidang depan aku. sedap dan mengiurkan. perisa baru yang sepatutnya pedas dan spicy, tapi lidah aku tak rasa apa-apa pun.

aku tak ingat cerita apa aku layan depan tv masa tu. tiba-tiba saja kakak aku datang menyebok, dengan selamba tukar channel.

masa tu, aku tak fokus. jadi aku tak boleh marah. aku ni jarang marah. kalau nak marah betul-betul, kena biar tumpuan terhadap objek tu 120%. daya tumpuan tu, adalah macam daya yang diperlukan untuk membengkokkan sudu menggunakan minda seperti Yuri Geller.

semuanya sebab aku tengah sms kawan aku dari hulu Perak menggunakan tangan kiri, sambil tangan kanan meratah peha ayam kfc.

beberapa minit selepas kejadian, aku masih melayan sms kawan aku dari hulu Perak. mak aku datang pulak, membebel tentang apa entah aku tak dengar.

aku masih tekun meratah ayam kfc, sambil menaip sms kepada kawan aku menggunakan tangan kiri.

selang beberapa saat, telinga aku pantas menangkap kata-kata sinis kakak aku.

"lelaki ni memang tak boleh multitasking, lemah betul! kalau tengah sms tu orang dekat sebelah jerit mintak tolong pun tak dengar"

tercekik aku tulang ayam kfc.

ke situ pulak dah.

disebabkan aku seorang saja jantan didalam rumah ketika itu, maka aku pun malas nak bertengkar.

aku tau aku boleh menang, tapi biarlah perempuan-perempuan yang ingat lelaki tak boleh multitasking berada dalam zon selesa mereka.

aku ada kenalan lelaki, yang boleh menonton movie, mendengar lagu di winamp, membaca manga di dalam window yang lebih kecil daripada window movie, membuat nota anatomy dan bercakap dalam telefon dalam masa yang sama.

lu berani lawan?

[...]

kakak aku yang baru pulang daripada tengok transformers;

"lama gila cita transformers tu! naik muak aku tengok! yang scene Megan Fox tunjuk body tu potong jerlah takda signifikan langsung. robot pulak sama jer tak menarik pun!"

kemudian dia sambung lagi,

"sama jer macam cerita Dark Knight, 3 jam tu memang melampau lah! plot berterabur macam apa jer. yang si joker tu mati jerlaa terus! orang ingat cita dah habis boleh pulak ada konflik baru!"

"macammana-lah korang boleh cakap best?" (merujuk kepada aku dan abang aku)

aku pelik lah spesis perempuan ni.

susah nak faham minat lelaki terhadap movie sebegini.

robot, superhero, dan awek cun adalah kombinasi paling ideal yang gerenti akan mencuri perhatian lelaki-lelaki sejati di luar sana.

titik noktah.

3 comments:

Nur Ali said...

aku ada kenalan lelaki, yang boleh menonton movie, mendengar lagu di winamp, membaca manga di dalam window yang lebih kecil daripada window movie, membuat nota anatomy dan bercakap dalam telefon dalam masa yang sama.

lu berani lawan?


aku taknak lawan
tapi aku tertanya2
pekakkah kenalan anda?
tgk muvi and dgr lagu kat winamp dlm waktu yg sama?
buat nota anat,cakap kat telefon,baca manga
aku harap 5 sense dia tak confuse dgn tugas masing2

nadhir,aku busan!

HaNi! said...

aku x minat cerite genre mcm tu b4 ni. ak xde high expectation pun utk the latest transformers. tp andaian aku slah sama sekali. mmg ak tabik spring transformers. die punye high tech n story dia mmg ak respek. n ak rsa 2 hrs n a half tu xlama, mmg complete detailed ones. oh i even cried when optimus died. T_T
4/5 rated! =D

pergi berjuang di said...

@ alia: insyaAllah tak confuse hahaha. kau kenal sangat-lah orang ni :)

bosan ke? alolo nanti aku datang ipoh kita makan cendol k?

@ hani: ahh finally you guys understand! tapi serious memang best haha. kena download dan tengok x128 lagi sekali.