Sunday, July 19, 2009

aku habis baca Langit Ilahi, New Malaysian Essays 2 dan Aku Terima Nikahnya dalam masa 5 jam 24 minit.

cuti ni aku banyak membaca. sebab aku nak compensate balik masa aku dekat rusia dulu takda bahan bacaan sebab semuanya dalam bahasa Rusia.

sebab masalah di Rusia semua novel Inggeris telah diterjemah dalam bahasa Rusia. aku tak hairan pun sebab semua movie Hollywood pun orang Rusia ni berani dub dalam bahasa mereka sendiri.

betapa bangganya mereka dengan bahasa ibunda mereka.

tak macam orang Malaysia.

antara buku yang aku nak sekarang tapi kering poket nak beli:

*kemaskini 21/7/2009:

1. Travelog Dakwah, Muhd Kamil Ibrahim.
2. Rooftop Rant, Hlovate.
3. Tulang-tulang Berserakan, Usman Awang.
4. Hamas, Ustaz Maszlee Malik.
5. Siri Cerita-lah 1,2 dan 3, Karim Raslan.
6. Kumpulan Cerpen: Mencari Gayung

jadi, sapa yang tak berkesempatan kasi aku hadiah hari jadi tahun lepas sebab aku di Rusia, sila-lah membeli buku-buku tersebut untuk aku.

[...]

ramai yang fikir aku ni lame sebab baca novel-novel Melayu.

sekarang aku cakap sastera Melayu memang mantap. penulis-penulis sastera underground Melayu semua dah mula naik scene.

so, kalau kau setakat baca chick-lits, Twilight ataupun Sidney Sheldon, tak payah-lah nak berangan cakap dengan aku tentang novel-novel Inggeris.

bila dah khatam semua karya Palahniuk, Coelho, Murakami ataupun paling koman Grisham-lah, baru datang jumpa aku cakap hi.

7 orang kecoh:

nama saya aya said...

haha
bunyi sombong je nadhir

neway malaysian essays tu best ke?aku salu pegang buku yang pada 2 atau 3 hari akan datang kau akan gembar-gemburkan dlm blok kau tapi hati aku macam tertutup nak beli.apahal ye?




p.s.aku tak suka pacik sidney sheldon tu

nadhir said...

ehh sombong ke? susah deh nak control expression aku dlm blog ni. tak of course takda niat pun.

ohh NME2 best weh serious dia mcm enlightening gila ;) anyway try laa beli. ahh kalau kau tak beli takpa balik moscow aku kasi.

e.l.i.a.n.a MASTURA! said...

ahha..try indonesian books.kamu pasti dlm ranking hot dudes.hehe.ever been to wisma yakin tgkt 2 kt jln msjid india?

nadhir said...

indonesian sy baca jugak-lah sikit-sikit. yang dia dah terjemah dalam bahasa melayu Malaysia laa contohnya laskar pelangi and novel-novel habiburahman el-shirazy. kalau tak memang susah nak faham.

hmm ada apa ya dekat wisma yakin tingkat 2 jalan masjid india tu? sy bukan dari kl laa so taktau. tak mcm nana. pure kl. hahaha.

e.l.i.a.n.a MASTURA! said...

hahaha.jgn pertikaikan keaslian kl sy.*wek2

bku2 indon byk laa kt situ. special for indon book lovers like me.huhu.

klu nk cri bku2 agama byk bangat la kt situ.cm bku dakwah yg awk nk tu ade la kot.bku syed qutb,hassan al banna..mst la ade!if ur interested laa..just telling.

assila said...

sy suke coelho...... tau x. i got to knw bout a certain sex toy bile bace palahniuk. =.= tp xpela.. tmbh ilmu pengetahuan =p tp sy x khatam pn lg novel2 coelho..

e.l.i.a.n.a MASTURA! said...

assila!u naughty girl!hehehehe..