kalau dah qadha' dan qadar, siapalah kita nak melawan.
arakian-lah kisah aku ke kelas general chemistry di ismailovskaya, dan berlakulah satu kes pencabulan maruah ke atas diri aku sendiri.
gelak tawa-lah kau selagi mampu. rekod bersih aku telah dikotori lumpur ais.
disaksikan separuh ahli kelas aku, akhirnya, aku telah jatuh tergelincir di atas jalanan ais bumi Moscow ni.
setelah hampir 5 bulan memegang rekod, dan hanya tinggal beberapa orang sahaja lagi yang belum jatuh (kau tunggu!), aku gagal meneruskan perjuangan.
dahlah jatuh 2 orang sekaligus. kau bayangkan jerlah, semuaorang tengah dok kalut turun bas no 34 tu. member aku yang turun depan aku ni tergelincir dan jatuh. aku ingat normal-lah kot sebab dia yang jatuh.
malang tak berbau aku pulak mangsa seterusnya terjatuh berbekalkan kasut Zara yang memang tak sesuai untuk menjalankan aktiviti ekstrem.
2 orang tergolek. kaki terkangkang. orang Rusia keliling pandang sebab terdengar bunyi gedebup yang sangat kuat. 2 kali. dan ahli kelas aku hanya tau nak gelak.
yang drebar bas tu entah mana dapat lesen nak jugak parking depan jalan yang mampat dengan ais -9 darjah celcius.
mungkin kau tak nampak apa yang nak dimalukan. sekejap aku ulang lagi.
2 orang tergolek. kaki terkangkang. orang Rusia keliling pandang sebab terdengar bunyi gedebup yang sangat kuat. 2 kali. dan ahli kelas aku hanya tau nak gelak.
Saturday, February 21, 2009
jatuh bangunnya seorang patriot
dikarang oleh
pergi berjuang di
pada
6:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
sedih wooh. semua ni salah musab :P dia tarik tgn sy ah!
rilek2..sy da jatuh dua hari b'turut2 di tmpt yg sama..kt bgnn physics.malang~
hahaha lagi malu kot camtu :P. sibbaik sy x nmpk. confem2 kena gelak sebulan.
xpe..winter tggl sebulan lbey lg.kte tgk spe yg kalah kali ni!wekk..=P
Post a Comment